Ki Ageng Sapu Jagad

Al-Qur'an Ukuran Saiz 1 Meter berusia 120 Tahun

Al-Qur'an Ukuran Saiz 1 Meter berusia 120 Tahun

Thursday, November 4, 2010

30• ILMU MAGNETISME PERIBADI UNTUK MENARIK KEKAYAAN,KESUKSESAN DAN PESONA DIRI


30• ILMU MAGNETISME PERIBADI UNTUK MENARIK KEKAYAAN,KESUKSESAN DAN PESONA DIRI
Daya Tarik Ilmu Magnetisme

Jika serbuk besi kita taburkan ke batang magnet maka serbuk yang kecil itu akan cepat melekat atau tertarik ke dinding batang magnet tadi. Selagi serbuk itu masih dalam medan magnetnya maka selama itu serbuk tetap melekat. Besi biasa itu tidak akan mampu menolak kerana dirinya tidak memiliki kekuatan magnet. Ianya kosong dan lemah.

Bagi magnet lain jika dihadapakan hujung kutub-kutubnya yang sama akan saling bertolakan dan jika kutubnya berlawanan maka ia akan saling tarik menarik.

Manusia sebenarnya terdiri daripada beberapa golongan:

Golongan manusia yang memiliki magnet yang besar(secara semulajadi atau latihan)

Golongan yang memiliki magnet yang memiliki kekuatan yang sedikit atau lemah.

Golongan yang kosong iaitu tidak memiliki kekuatan magnet. Tetapi ini jarang sekali berlaku kerana selalunya manusia masih mempunyai daya magnet dan daya tarikan walaupun pada satu lingkungan pengaruhnya teramat kecil.

Orang yang berhadapan dengan seorang yang memiliki daya magnet yang besar, dia akan merasa tertarik kepada orang tersebut. Sumber daya tarik itu berasal dari bermacam-macam sebab. Erti tertarik bukan sahaja kerana rasa simpati sahaja tetapi perasaan yang tidak boleh dielakkan seperti kerana rasa hormat kerana terikat oleh kewibawaan yang tinggi, kekuasaan peribadi yang menarik, rasa kebanggaan,kekaguman dan sebagainya.

Wajah atau bentuk seseorang dapat menimbulkan daya tarik(misalnya daya tarikan seks) dari bibirnya, dari bentuk tubuhnya dari warna kulit,mimik bicaranya dan sebagainya. Daya tarik mengundang rasa dekat dan menarik hati seseorang. Ini berlaku kerana adanya arus magnet tersebut. Seseorang memiliki daya magnet mengikut kemampuan masing-masing dan kadang-kadang daya tersebut meluntur dan menjadi pudar jika tidak dipelihara baik-baik. Adalah baik anda memelihara dan menguatkan daya magnet tersebut melalui latihan-latihan magnetisme Anugerah Agung.

Ahli magnetisme mempunyai batas kekuatan tertentu berdasarkan kekuatan dan kemampuan mengirimkan fikiran kepada orang lain. Jambatan penghubung fikiran itu dapat terjadi dengan adanya arus magnet. Magnetisme mempunyai jarak tertentu sesuai dengan kekuatan magnet masing-masing.

Keinginan yang bersifat untuk menakluk orang lain itulah menjadi jalan untuk mengirimkan fikiran dan pengaruh kepada objek atau orang lain.

Untuk penaklukan jarak jauh ahli magnetisme bekerja seperti telepathi mental sekalipun pancaran itu diterima oleh objek atau orang yang ingin kita pengaruhi melalui syaraf-syarafnya kemudian barulah menuju ke otak. Sudah tentu pengaruh orang seseorang ahli magnetis akan lebih kuat jika jaraknya semakin dekat.

Ahli magnetisme akan sentiasa menggunakan kekuatan konsentrasi atau pemusatan pemikiran. Ini adalah kerana konsentrasi adalah asas segala jenis ilmu ghaib yang bersumber dari kekuatan fikiran. Kehendak seorang ahli magnetis sudah bersatu ke dalam fikiran yang dipancarkan ke dalam jasmani melalui mata,suara,kulit dan semua anggota tubuhnya menjadi pancaran seperti arus elektrik.

Arus elektrik itu telah dikoordinasi secara baik oleh alat-alat di dalam tubuhnya sehingga urat darah dan sarafnya seperti penghantar arus yang tetap mengalir. Ianya bersumber dari tengah-tengah bahagian otak.

Urat syaraf yang dilalui arus elektrik yang mengalir dari otak kemudian kembali adalah aliran positif dan negatif kerana otak bertindak seperti penjana elektrik atau generator yang kerjanya sangat sempurna dan istimewa. Elektrik pada manusia sama seperti unsur ghaib yang mengalirkan tenaga atau daya magnetisme. Ia berputar atau mengalir menurut jangkauan kekuatan dayanya.

Seorang lelaki dan perempuan akan mempunyai daya tarik menarik dan sumber daya tarik itu sudah ada untuk mengadakan persenyawaan dan mengembangkan keturunan.

Seorang pegawai merasa tunduk dan taat kepada ketuanya kerana rasa kebergantungan sumber rezeki dan keperluan hidupnya. Seorang anak mencari ibunya kerana ibu tempat berlindung. Semua perhubungan ada yang berfungsi sebagai sumber magnet dan objek yang tertarik. Dalam hal ini kekuatan magnetisme dapat menaklukkan seseorang menjadi orang yang di bawah pengaruh. Dan hali ini bersifat psikologi juga, banyak juga situasi di mana kita tidak dapat menerangkannya mengapa dia begitu tertarik dan menurut perintahnya serta mahu mengubah sikapnya jika diberikan saranan-saranan. Semua pengaruh itu terjadi di dalam keadaan sedar.

Seseorang yang tidak memiliki daya magnet mereka bukannya menarik tetapi selalu tertarik kepada sumber-sumber magnet yang lebih kuat. Bahkan sebahagian mereka sudah kacau-bilau susunan magnetnya sehingga dia selalu ditolak oleh masyarakat.

Itulah sebabnya memelihara kelestarian lahir dan bathin,tindakan dan perbuatan yang baik sentiasa menjadi sumber daya tarik magnetis yang sebesar-besarnya. Kekuatan budi menimbulkan kekuatan jiwa yang sanggup menaklukkan manusia adalah sifat ahli magnetis yang harus dipelihara.

Rasa percaya pada dirinya sendiri adalah suatu cara untuk membangun kekuatan jiwa dan merupakan kekuatan yang positif. Begitulah yang dikehendaki dan syarat yang pertama oleh ahli magnetisme yang wajib dimiliki. Manusia dapat memperbesar nilai magnet di dalam dirinya sendiri dengan memperbaiki, menyempurnakan susunan unsur ghaib tersebut.

Jadi syarat yang pertama bagi ahli magnetisme dia haruslah bersikap menarik dan menyenangkan orang lain. Memiliki keperibadian yang menarik. Apakah dia manis dalam pergaulan. Apakah dia seorang yang memiliki kewibawaan yang tinggi. Apakah dia seorang penyantun yang baik dan ikhlas.

Keperibadian yang tidak menarik bukanlah dari bentuk lahir tetapi oleh kerana ketinggian isi yang telah memancar keluar. Sebab isilah yang menentukan bentuk.

YURAN KURSUS: RM300

TAWARAN/PROMOSI YURAN KURSUS: RM100

*Yuran kursus ini termasuk Akuan Ijazah,Manual Lengkap Berwarna Ilmu Magnetisme Peribadi Untuk Menarik Kekayaan,Kesuksesan Dan Pesona Diri Anugerah Agung VCD dll.*

No comments:

Post a Comment