Dr.Mohamad Rizal bin Rosdi Ph.D (Ki Ageng Sapu Jagad) No.1,Taman Sendayan Indah,Jalan Depo,93050 Petra Jaya Kuching,Sarawak,Malaysia No.Handphone:0128802035(super hotline) Email:masterrizal9000@yahoo.com Website:www.anugerahagung4u.com www.ZonKekayaanAgung2u.com
Al-Qur'an Ukuran Saiz 1 Meter berusia 120 Tahun
Friday, July 23, 2010
Sekapur Sirih
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِي
Alhamdulilah, saya Dr. Mohamad Rizal Bin Rosdi Ph.D selaku Pengasas Anugerah Agung Spiritual Development Centre, sangat bersyukur,kerana dengan berkat kesungguhan serta daya usaha saya selama ini, akhirnya tercapat juga hasrat murni saya untuk membuka website rasmi Pusat pengembangan Spiritual Anugerah Agung - www.anugerahagung4u.com
Untuk itu saya tidak lupa untuk mengucapkan terima kasih kepada Allah SWT, Guru, Orang Tua, Isteri, anak-anak, saudara-saudara dan murid-murid kami serta pembaca yang budiman, yang memberikan kami ilham dalam penggarapan website ini yang kami jadikan warna-warni kehidupan yang wajib kita sikapi bersama dengan konteks akal yang sihat serta tak lepas dari kaedah Islam itu sendiri.
Sebagai manusia yang lemah, kiranya apa yang kami paparkan ini kurang sempurna harap maklum mudah-mudahan kesempurnaan yang anda cari khususnya peminat Seni beladiri Tenaga Dalam, kebatinan, Metafizik, Spiritual dan sebagainya dapat melengkapi dengan pelajaran serta pengetahuan yang anda sudah miliki atau referensi lainnya dapat menunjang pemahaman tentang Tenaga Dalam, Spiritual dan sebagainya dalam rangka tuntutan aplikasi dalam kehidupan anda semua. Demikian tulisan kami yang sederhana ini mudah-mudahan membawa manfaat buat anda dan semua orang, kerana setiap kita manusia masih banyak kekurangan-kekurangannya yang harus kita benahi.
Dengan berkat daya usaha,bimbingan serta tunjuk ajar yang benar daripada seluruh Mahaguru-Mahaguru saya didalam negeri mahupun diluar Negara, kerana dengan berkat doa daripada Guru-Guru semua, dapatlah ilmu-ilmu ini dikembalikan semula kepada generasi sekarang ini dan seterusnya dipelihara untuk dijadikan pegangan hidup dizaman moden yang penuh dengan macam macam rintangan dan dugaan.
Kemujaraban / kehandalan Tenaga Dalam & Ilmu Hikmah terletak pada istiqomah(terus-menerus), keyakinan dan keikhlasan anda mengamalkannya. Jika sekali mengamalkan diibaratkan mengumpul energi, maka setelah berhari-hari, berbulan, bertahun-tahun energi yang terhimpun akan memberikan hasil yang memuaskan sesuai dengan ketekunan anda.
Biarpun mengamalkannya dengan secara rutin namun kerana semuanya bermuara pada Allah SWT, hanya dengan keizinan Nyalah kita memohon. Pada masa-masa tertentu gunakanlah berdzikir dengan niat mendekatkan diri kepada Allah.
Tidak ada maksud dan tujuan saya dengan sengaja untuk menjual belikan ilmu pengetahuan yang saya miliki namun maksud tujuan saya adalah menggalakkkan rasa kebersamaan dan dermawanan dalam pengamalan sedekah dan infaq sebagai salah satu pencerminan amal jariah demi tercapainya Mardhatillah.
Labels:
anugerah agung
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment