Dr.Mohamad Rizal bin Rosdi Ph.D (Ki Ageng Sapu Jagad) No.1,Taman Sendayan Indah,Jalan Depo,93050 Petra Jaya Kuching,Sarawak,Malaysia No.Handphone:0128802035(super hotline) Email:masterrizal9000@yahoo.com Website:www.anugerahagung4u.com www.ZonKekayaanAgung2u.com
Al-Qur'an Ukuran Saiz 1 Meter berusia 120 Tahun
Wednesday, September 1, 2010
PENGENALAN
PENGENALAN
Anugerah Agung Spiritual Development Centre adalah suatu Pusat Pelatihan dan Pengembangan Spiritual dan Potensi Bawah Sedar manusia yang didirikan di Bandar Kuching,Sarawak,Malaysia,pada awal tahun 2005 oleh Dr. Mohamad Rizal Bin Rosdi Ph.D. Beliau adalah seorang yang begitu serius menekuni bidang spiritual,meditasi,kuasa minda,tenaga dalam,bela diri,motivasi,terapi alternatif dan pengubatan herba.
Dalam perkembangannya, beliau telah berhasil mengembangkan sebuah method pelatihan yang telah ditemukan dan diformulasikan serta disusun oleh Dr. Rizal sejak tahun 1991 dimana method pelatihan yang sederhana, selamat dan sangat efektif dan berkesan dengan hasil nyata luarbiasa guna mengolah semua potensi bawah sedar manusia. Susunan dan kemasan baru keilmuan ternyata mendapat sambutan yang baik masyarakat kerana mudah difahami dan dimengerti oleh segala kalangan tanpa memandang Suku,Agama atau Ras. Method tersebut memang sengaja kami rancang sedemikian rupa guna memudahkan setiap orang untuk mempelajarinya. Melalui metode eksperiental self-training semua peserta akan terlibat secara interaktif dalam proses pelatihan, sehingga mereka akan mendapatkan berbagai macam pengalaman unik dan mengagumkan secara langsung. Misi utama kami adalah memberikan suatu konsep pemahaman yang benar tentang kemampuan bawah sedar manusia beserta aplikasi dan metode pelatihannya kepada masyarakat umum. Sehingga masyarakat tidak lagi terperangkap dalam pemahaman tradisional yang menganggap aplikasi kemampuan bawah sedar sebagai suatu bentuk kegiatan klenik, mistis dan shamanisme / perdukunan.
Metode Pelatihan Anugerah Agung
Metode pelatihan kami terbahagi menjadi beberapa bahagian. Bahagian pertama adalah metode tutorial, yakni berisi penyampaian program pelatihan. Di sini kami menekankan pada pemberian pemahaman konsep program pelatihan kepada peserta. Sehingga peserta akan mendapatkan gambaran umum dan tujuan yang hendak dicapai melalui pelatihan kami. Bahagian yang kedua adalah metode bimbingan praktikal. Dalam tahap ini kami menekankan pada pemberian bimbingan-bimbingan praktikal dalam pelatihan. Sehingga peserta mampu melaksanakan rangkaian program pelatihan dengan benar dan teratur.
Tutorial
Pada bahagian ini semua kegiatan latihan lebih kami tekankan pada penyamaan persepsi bahwa di dalam setiap diri manusia mempunyai sebuah potensi yang luar biasa – kami menyebutnya “daya kreatif” – dan potensi tersebut tersimpan di dalam fikiran bawah sedar manusia. Daya kreatif ini dapat kita manfaatkan untuk membawa perubahan yang signifikan dalam kehidupan kita. “daya kreatif” ini dapat kita gunakan untuk membuat hidup kita menjadi lebih bermanfaat, lebih berkualiti dan berkecukupan. Tentu saja hal ini memerlukan sebuah metode khusus.
Bimbingan praktikal Anugerah Agung
Memasuki tahap ini bererti kita sudah sampai pada bahagian teknis pelaksanaan rangkaian program pelatihan, iaitu bagaimana kita mengolah dan memanfaatkan “daya kreatif” yang kita miliki. Tahap ini lebih ditekankan pelaksanaan metode-metode program pelatihan yang akan ditempuh oleh peserta. Metode/teknik pelatihan yang kami berikan bukanlah suatu teknik yang rumit dan sukar untuk difahami. Teknik tersebut kami sajikan dalam bentuk yang sederhana untuk memudahkan proses belajar peserta. Walaupun demikian, teknik yang kami kembangkan ini telah terbukti sangat efektif dan selamat. Metode tersebut dirancang agar bersesuaian dengan pola pemikiran masyarakat kita saat ini yang cenderung bersifat logik, masuk akal dan terbukti.
Setelah melalui kedua bahagian tersebut, maka secara prinsip jalan untuk mengolah “daya kreatif” yang ada di dalam diri kita sudah terbuka. Akhirnya, dengan segala niat baik yang kami miliki, kami dedikasikan seluruh program pelatihan Anugerah Agung kepada Anda yang memiliki minat untuk mengetahui dan mengolah segala potensi dalam dirinya untuk membuat sebuah perubahan positif dalam kehidupannya.
Bimbingan jarak jauh / Transfer
Bimbingan ini dikhususkan bagi Anda yang ingin melatih semua rangkaian pelatihan dalam program-program kami di tempat tinggal Anda masing-masing. Apabila anda mendapatkan kesulitan anda dapat menghubungi kami melalui telephone, surat dan email. Anda Cuma perlu menambahkan kos pengiriman kursus maka Anda akan dapat melakukan rangkaian pelatihan yang akan merubah hidup Anda.
KEAJAIBAN METAFIZIK
Tahukah Anda bahawa setiap manusia memiliki “harta” terpendam yang sangat berharga?
Jika seseorang mampu menggunakannya dengan benar, maka ia akan memiliki kekuatan ( metafisika )yang mampu merubah kehidupannya yang penuh dengan penderitaan menjadi sebuah kehidupan yang penuh dengan keharmonian dan hidup berkecukupan atau melakukan hal-hal ajaib. Sungguh mengkagumkan!
“Harta” yang luar biasa tersebut adalah fikiran bawah sedar Anda. Di dalamnya terdapat sebuah daya kreatif yang penuh dengan keajaiban. Untuk mendapatkannya, Anda tak perlu pergi kemana-mana kerana kekuatan sudah ada di dalam diri Anda. Yang perlu Anda lakukan hanyalah “membangkitkannya”.
Orang-orang zaman dahulu sudah lama mengetahui hal ini. Kemudian mereka menciptakan berbagai rangkaian aktiviti ( ritual ) yang sangat berat dan rumit untuk membangunkan potensi di dalam fikiran bawah sedar mereka(subconscious mind power). Seperti puasa, bertapa di tempat-tempat tertentu, kungkum (berendam)- di telaga, dll. Hal ini mereka lakukan kerana mereka tahu bahawa potensi tersebut telah “terkubur” sangat dalam dan seolah-olah tertidur di dalam diri mereka. Maka untuk membangunkannya diperlukan sebuah usaha yang luar biasa berat dan sangat berbahaya. Hasilnya, sungguh sangat mengkagumkan. Kemampuan mereka pun menjadi diatas kemampuan yang dimiliki oleh orang biasa.
Namun zaman terus berkembang. Peradaban manusia pun telah mengalami kemajuan. Pembaharuan ini menuntut manusia untuk berfikir sistematik, logik, dan praktikal. Keadaan seperti ini membuat manusia menjadi malas untuk melakukan kegiatan-kegiatan diatas sebagai usaha untuk mengolah potensi bawah sedarnya. Akibatnya harta yang sangat berharga tersebut menjadi terkubur semakin dalam dan perlahan-lahan dilupakan.
Melihat fakta tersebut, maka Anugerah Agung menawarkan solusi yang tepat kepada Anda yang berminat untuk mengolah semua potensi ajaib yang tersimpan di dalam diri Anda. Setelah melalui proses pengembangan dan penelitian bertahun-tahun, akhirnya kami berhasil mengembangkan sebuah metode pelatihan untuk mengolah dan mengembangkan potensi bawah sedar manusia secara sederhana, selamat dan efektif.
Method tersebut sangat mudah dipelajari dan dipraktikkan sehingga sangat sesuai dengan kemajuan peradaban manusia saat ini. Metode pelatihan kami juga bersifat universal, sehingga memungkinkan siapa pun dapat menggunakannya tanpa harus dibatasi oleh batasan-batasan perbezaan agama, suku, ras, jenis kelamin dan kebudayaan. Metode baru ini akan membuat siapa saja ( termasuk juga Anda ) mampu untuk ‘membangunkan' kemampuan-kemampuan “ajaib” dalam dirinya tanpa harus melakukan bentuk-bentuk pelatihan yang berat dan berbahaya.
Manusia merupakan makluk kejadian Allah yang mempunyai potensi yang sungguh hebat dalam dirinya. Bagaimanakah manusia menggunakan potensi yang sungguh hebat itu untuk membina kejayaan..
Agama dan minda adalah harta yang terpenting dalam pembinan kehidupan. Kegiatan seharian manusia menyaksikan manusia mudah kecewa di sebabkan pelbagai tekanan dan desakan hidup. Banyak tamadun silam hancur akibat sikap manusia itu sendiri. Kepentingan diri telah merosakkan kehidupan itu sendiri.
Apabila ingin berjaya atau ingin sukses dalam hidup, gabungan kekuatan minda, tenaga dalaman akan mewujudkan seorang manusia yang sungguh hebat. Berdasarkan konsep manusia yang dilahirkan dengan sebaik-baik kejadian, maka peranan minda dan tenaga dalaman manusia adalah penting.
Selamat datang di Pusat Pengembangan Spiritual Anugerah Agung, Sebuah tempat pelatihan bagi orang-orang yang ingin berguna bagi orang lain dan perubahan positif dalam hidupnya.
PROGRAM PELATIHAN
Program pelatihan yang kami kembangkan adalah program ANUGERAH AGUNG. Semua rangkaian pelatihan dalam program ini bertujuan untuk mengembalikan keseimbangan fungsi kerja semua unsur dalam diri manusia, terutama keseimbangan fungsi kerja otak kiri dan otak kanan, secara alami. Mengapa harus dalam keseimbangan? Kerana hanya dalam keadaan yang seimbang tersebut aliran energi kehidupan manusia ( mikro kosmos ) dapat mengalir seirama dengan aliran energi kehidupan alam semesta ( makro kosmos ). Dan jika sudah terjadi keselarasan antara mikro kosmos dan makro kosmos, maka seluruh potensi bawah sedar murni yang dimiliki manusia dapat dimunculkan dan diolah secara maksimum. Dalam program ini kami tidak menggunakan “unsur-unsur” atau sesuatu yang berasal dari luar diri manusia- seperti jin, susuk, dll. untuk mengembangkan dan mengolah potensi bawah sedar manusia. Sehingga hasil yang nantinya diperoleh merupakan hasil yang murni dari dalam diri manusia.
“Apa pun yang berasal dari luar bukanlah intuisi. Intuisi adalah sesuatu yang berasal dari dalam diri sendiri dan memberikan kepuasan, kelegaan dan kebahagiaan…..” (Dr. Rizal)
ANDA TAK PERLU KECEWA DALAM KEHIDUPAN INI. INGAT... BAHAWA DIRI ANDA DICIPTAKAN DENGAN SEBAIK-BAIK KEJADIAN. TAHUKAH ANDA BAHAWA TERDAPAT HARTA KARUN YANG AMAT BANYAK DALAM DIRI ANDA.
ADAKAH ANDA TAHU CARA MENEROKAINYA?.....
PERBAGAI KAEDAH TELAH DI PERKENALKAN,
TETAPI KAEDAH KAMI DI ANUGERAH AGUNG LEBIH MUDAH DAN BERKESAN.
Jangan biarkan minda anda tidur dan terus tidur,
Minda harus dididik agar lebih kreatif mencari idea.
Kita harus berlari dan terus berlari, mencari dan mencari,
Jangan biar diri anda ketinggalan
BINA SEMULA DIRI ANDA
DENGAN KEKUATAN YANG ADA PADA ANDA
TEKNIK KAMI DI ANUGERAH AGUNG AKAN MEMBANTU ANDA MEMBINA KEKUATAN DALAMAN UNTUK KEJAYAAN ANDA.
KELEBIHAN UMAT ISLAM
"Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang mak'ruf dan mencegah dari yang mungkar dan beriman kepada Allah. Sekiranya ahli kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang - orang yang fasik" Surah Ali Imran (110).
ALLAH MELARANG HAMBANYA BERPUTUS ASA
Dalam menempuh kehidupan ini pasti ada yang gagal. Namun membina semula kehidupan adalah diutamakan. Allah berfirman yang bermaksud, "Katakanlah, "Hai hamba-hamba Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya, Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Surah Az Zumar (53)
Allah Mengajak Kita Memikirkan Tentang Keajaiban CiptaanNya
Dalam firman Allah dalam surah Maryam, 19:66-67, yang bermaksud, “Dan berkata manusia, “betulkah apabila aku mati, bahawa aku sunguh-sunguh akan dibangkitkan menjadi hidup kembali?” Dan tidakkah manusia itu memikirkan bahawa sesungguhnya Kami telah menciptakannya dahulu, sedangkan ia tidak ada sama sekali”. Allah telah menjawap bahawa Ia berkuasa mencipta manusia dahulu dan kemudian ia berkuasa untuk mematikan manusia dan Ia juga berkuasa untuk menghidupkan semula.
Dalam hal penciptaan Alam semesta ini Allah telah berfirman, bahawa “Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih berganti siang dan malam, bahtera yang berlayar dilaut membawa apa yang berguna pada manusia, dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu ia hidupkan bumi sesudah mati (kemarau)nya, dan ia sebarkan dibumi itu segala jenis haiwan dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi, sesungguhnya (terdapat) tanda-tanda keesaan dan kebesaran Allah bagi kaum yang memikirkan” (Surah Al Baqarah, 2: 164.)
KEAJAIBAN
Manusia mempunyai lebih dari 1 trilion sel-sel yang mempunyai kapasiti tenaga lektrik lebih kurang 90 mV dengan muatan positif diluar membren sel dan muatan negatif didalamnya. Dengan mengaktifkan 3,000 sel saja akan menghasilkan tenaga sebesar 270 volt, lebih besar dari tenaga TNB 220 volt. Bayangkan apabila kita dapat aktifkan 1 trilion sel. Itulah gambaran betapa dahsyatnya manusia, andaikata hal itu dapat terjadi dalam tubuh manusia.
TENAGA DALAMAN
Terpancarnya tenaga dalaman apabila anda melatih diri anda dengan minda yang positif, latihan pernafasan teratur dan meditasi. Kuasa aura dan elektrik akan terbentuk dengan latihan dan keyakinan diri.Tenaga dalaman atau tenaga hayat adalah tenaga semulajadi yang memang sudah sediada dalam diri sesaorang manusia sejak dilahirkan.. Kajian mengenai tenaga dalaman ini sudah wujud lebih dari 5000 tahun dahulu. Ia bermula dari tamadun Greek, tamadun Tanah Arab hingga tamadun China. Orang Jepun memanggil tenaga ini sebagai KI. Manakala orang China memanggil tenaga ini sebagai CHI. Tenaga ini merupakan pengerak utama sistem tubuh manusia. Tanpa tenaga ini tiada kehidupan di alam ini. Gabungan tenaga ini dengan tenaga yang berada di luar tubuh kita akan memberi kesan yang cukup hebat kepada sesaorang itu. Seorang yang berlatih atau mempraktikkan ilmu tenaga dalam akan mempunyai aura atau warna tenaga di sekeliling tubuhnya. Aura ini akan dapat dilihat dengan menggunakan kamera khas
SISTEM ALAM KOSMIK
Sistem cekerawala yang meliputi bumi, planet-planet, jutaan bintang di langit, jutaan bintang yang tidak di ketahui, matahari, bulan di sekitar planet, semuanya beredar dengan sendiri tanpa ada cacat celanya. Sistem yang maha hebat ini mempunyai penciptanya.
Firman Allah dalam surah Ath Thalaaq, ayat 65:12, “ ....... agar kamu mengetahui bahawasanya Allah Maha berkuasa atas segala sesuatu, dan sesungguhnya Allah, ilmunya benar-benar meliputi segala sesuatu”. Susunan yang teratur, peredaran yang konsisten, tidak berlaku kemalangan, saiz yang maha besar, luas dan jarak berjuta km, suhu yang berbeza dari suhu bumi, menunujukan alam ini amat ajaib
BAGAIMANA CARA UNTUK MENGAMBIL DAN MENGABUNG TENAGA ALAM DAN TENAGA DALAMAN ANDA, UNTUK MEMBINA KEJAYAAN DIRI.
KAEDAH PERNAFASAN
DIAMALKAN SEJAK ZAMAN DAHULU LAGI
Pahlawan-pahlawan melayu dahulu mempunyai kekuatan luar biasa hasil amalan mereka mengenai teknik pernafasan. Apabila kita dapat menyedut masuk oksigen dengan banyak ke dalam paru-paru dengan kadar yang perlahan, maka ia dapat mententeramkan jiwa kita. Banyak kajian yang dibuat oleh penyelidik menunjukan pernafasan yang perlahan dan mendalam (kuantiti yang masuk banyak) dapat meningkatkan kesihatan dan memanjangkan umur manusia. Pernafasan yang mendalam dan nadi yang lambat adalah ciri manusia yang sihat
Sistem paru-paru berfungsi secara automatik dan ia akan bertambah kuat bekerja apabila ada aktiviti gerak, seperti berlari, berjalan, naik tangga dan sebagainya. Ia kembali normal apabila anda dalam kedaan rehat atau tidur. Sepanjang hidup anda, paru-paru akan terus bekerja. Ia akan mengepam masuk dan keluar udara. Sistem paru-paru juga berhubung kait dengan sistem yang lain dalam badan. Bila anda tarik nafas paru-paru akan mengembang dan apabila nafas di lepaskan paru-paru akan mengecil. Semuanya berlaku secara automatik. Tetapi kualiti dan kuantiti kita bernafas itu yang menentukan kadar aktiviti sel dan zarah dalam badan kita. Sistem otak dan pernafasan mempunyai peranan yang kuat dalam menentukan kejayaan aktiviti manusia itu.
Sistem yang wujud tersebut mesti ada yang menciptanya, dan ia tidak boleh berdiri dengan sendirinya. Sistem siang dan malam, sistem angin, sistem kilat, sistem guruh, sistem hujan, sistem pasang surut air laut dan sebagainya adalah satu sistem alam yang sungguh ajaib dan kompleks. Dan firman Allah lagi yang bermaksud,
“Dan Dialah Tuhan yang membentangkan bumi dan menjadikan gunung-ganang dan sungai-sungai padanya, Dan menjadikan semua buah-buahan berpasang-pasangan. Allah menutup malam dengan siang, Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan. Dan di bumi itu terdapat bahagian-bahagian yang berdampingan dan kebun-kebun angur, tanaman-tanaman dan pohon kurma yang bercabang dan yang tidak bercabang, disirami dengan air yang sama. Kami melebihkan sebahagian tanam-tanaman itu atas sebahagian yang lain tentang rasanya. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berfikir. (Surah Ar Rad 13:3-4).
MINDA KREATIF ANDA MENGIKUT ARAHAN ANDA.
• Bagaimana mengarahkan minda kreatif anda
• Minda kreatif berkuasa keatas keadaan fizikal anda. Setiap organ berfungsi di bawah arahan minda kreatif anda
• Pemikiran yang anda tanam dalam minda sedar anda diterima sebagai arahan oleh minda kreatif
• Jika anda bersedih dan menung, minda kreatif akan menerima perlakuan anda itu tanpa sebarang persoalan, anda akan terus berkelakuan muram dan sedih.
• Jika anda bersukaria dan dalam keadaan sukahati, maka minda kreatif akan menerimanya sebagai arahan dan terus memberi anda kegembiraan dalam kehidupan anda.
• Begitu juga jika anda bersikap miskin dalam pemikiran anda, maka minda kreatif akan terus mencipta kemiskinan dalam kehidupan anda.
• TETAPI JIKA PEMIKIRAN JUTAWAN DIWUJUDKAN MAKA AKAN TERCIPTALAH SEORANG JUTAWAN SUATU HARI NANTI
MEMILIKI DAN MENGGUNAKAN TENAGA DALAM ADALAH SATU KELEBIHAN KEPADA ANDA, IA MEMBANTU ANDA MEMBINA KEJAYAAN,MAKA SILAKAN ANDA MENYERTAI SERTA BERGABUNG BERSAMA KAMI DI ANUGERAH AGUNG SPIRITUAL DEVELOPMENT CENTRE.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment