Ki Ageng Sapu Jagad

Al-Qur'an Ukuran Saiz 1 Meter berusia 120 Tahun

Al-Qur'an Ukuran Saiz 1 Meter berusia 120 Tahun

Thursday, November 4, 2010

26• LAW OF ATTRACTION ( HUKUM DAYA TARIKAN )


26• ANUGERAH AGUNG LAW OF ATTRACTION ( HUKUM DAYA TARIKAN )

RITUAL PEMIKIRAN

Barangkali sesetengah orang mungkin berfikir bahawa ‘Aku bukan manusia yang mempunyai otak sepintar Albert Einstein.' Atau ‘Aku tidak akan mampu menjadi sekaya Bill Gates.' Atau ‘Akulah manusia yang selalu terlepas peluang keemasan.' Atau juga ‘Aku orang yang biasa-biasa saja.' Dan segala bentuk pemikiran negatif yang lain.

Lantas kata-kata itu sentiasa diulangi dalam 24 jam sehari semalam. Tanpa disedari, pemikiran negatif tersebut telah menjadi satu ritual dalam kehidupan.

EFEK PEMIKIRAN NEGATIF

Setiap pemikiran negatif akan mempengaruhi kehidupan seseorang individu untuk menjadi lebih negatif. Lihat contoh ini: (-1) + (-1) = -2. Bukankah?! Semakin besar input negatif yang ditanamkan dalam fikiran, semakin besar output negatif yang terhasil.

Bayangkan kemudian pemikiran negatif tersebut dihimpunkan kepada seminggu, sebulan, setahun dan seterusnya. Hasilnya adalah sebuah tsunami pemikiran negatif yang merosakkan dan melukakan diri sendiri.

Hal ini bertepatan dengan firman Allah SWT: “Sesungguhnya Allah tidak menzalimi manusia sedikit pun, tetapi manusia yang menzalimi dirinya sendiri.” – Al-Qur'an; Surah Yunus (10), ayat 44.

Oleh yang demikian, buangkan segala pemikiran negatif, sebaliknya kutip dan himpunkan pemikiran positif!

THE SECRET OF THE LAW OF ATTRACTION ( HUKUM DAYA TARIKAN)

Alam semesta tidak pernah melukai dan merosakkan manusia. Sebaliknya manusia itu sendiri yang melakukan kerosakan ke atas dirinya sendiri.

Inilah salah satu rahsia penting yang hendak disampaikan oleh Rhonda Byrne melalui novel fenomenanya, The Secret.

Menurut Rhonda Byrne: “Seperti semua hukum alam, ada kesempurnaan dalam hukum ini. Anda menciptakan kehidupan dengan pemikiran-pemikiran anda. Kerana anda selalu berfikir dan anda selalu mencipta. Tetapi apa yang anda fokus, maka itulah yang akan muncul dalam kehidupan anda.”

Bandingkan pula dengan hadis Rasulullah SAW: “Sesungguhnya Allah SWT berfirman: Aku akan mengikut prasangka hambaKu dan Aku akan sentiasa menyertainya apabila mereka berdoa kepadaKu.”

Prasangka adalah salah satu daya fikiran manusia. Jika sekiranya seseorang itu berfikir yang baik-baik, maka Allah akan mengikut prasangka hambaNya itu dan Dia akan mewujudkan prasangka baiknya itu dalam kehidupannya. Demikian pula, saat seseorang itu memikirkan hal yang buruk-buruk, maka Allah pun akan mengikut hambaNya itu dan Dia akan mewujudkan prasangka buruk itu dalam kehidupannya. Inilah inti pati daripada pesan Nabi Muhammad SAW tersebut.

Inilah dia The Secret of the Law of Attraction yang ingin disampaikan kepada kita! Bukan oleh Rhonda Byrne, tetapi oleh Allah SWT Yang Maha Menciptakan.

FIKIRAN ITU MENGIKAT

Dalam bahasa Arab, aql membawa maksud daya fikiran atau pemikiran. Kata dasar bagi aql iaitu aqala pula membawa maksud mengikat sesuatu. Ini menunjukkan bahawa peranan akal adalah berkait dengan mengikat pemikiran kepada perkara yang dilakukan.

Hukum Daya Tarikan memberitahu bahawa saat anda berfikir, anda sedang menarik atau mengikat apa yang sedang anda fikirkan. Ketika anda berfikir tentang Tuhan, kejayaan, kekayaan, ketakutan, kegagalan, keamanan dan sebagainya, anda sebenarnya menarik semua perkara yang anda fikirkan ke dalam fikiran anda. Samada positif atau negatif.

HUKUM DAYA TARIKAN DALAM AL-QUR'AN

1.Aspek Alam Semulajadi

Dan (pada) pertukaran malam dan siang silih berganti, dan juga (pada) rezeki yang diturunkan oleh Allah dari langit, lalu Ia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta (pada) peredaran angin, (semuanya itu mengandungi) tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah, kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, serta keluasan rahmatNya) bagi kaum yang mahu menggunakan akal fikiran.” – Al-Qur'an; Surah Al-Jatsiyah (45), ayat 5.

Dalam ayat ini, Al-Qur'an menjelaskan tentang fenomena saintifik seperti pertukaran malam dan siang, keadaan sebelum dan sesudah turunnya hujan dari langit, tumbuhan yang mati hidup kembali akibat turunnya hujan, dan tentang putaran angin.

Semua ini menunjukkan adanya putaran kehidupan dan daya tarikan atau percantuman antara peristiwa lainnya di alam ini. Setiap peristiwa di alam ini selalu saling mempengaruhi.

Kibasan sayap rerama di Hutan Amazon mampu mempengaruhi taufan di Jepun atau juga dikenali dengan istilah ‘butterfly effect.' Setiap kejadian ada sebab musababnya.

Inilah yang wajib kita yakini sepertimana kisah Nabi Musa dan Nabi Khidir ‘alaihumassalam dalam Surah Al-Kahfi.

2.Aspek Ekonomi

“Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.” – Al-Qur'an; Surah Al-Baqarah (2), ayat 261.

Dalam ayat ini, Allah SWT menjanjikan balasan 700 kali ganda untuk sesiapa yang membelanjakan hartanya di jalan Allah. Ini menjelaskan Hukum Daya Tarikan yang berlaku apabila kita memberikan sesuatu dengan ikhlas membuatkan ianya kembali kepada diri kita sendiri dalam nilai gandaan.

3.Aspek Cinta

Jika anda membaca Surah Yusuf, adakah Zulaikha berjaya mendapatkan cintanya iaitu Nabi Yusuf as dengan cara godaan? Tidak sama sekali, bahkan akibat daripada godaannya, Zulaikha terpaksa men-counter cacian perempuan-perempuan di bandar Mesir dengan meletakkan kesalahan kepada kesempurnaan paras rupa Yusuf, manakala Yusuf pula dihumbankan ke dalam penjara oleh Al-Aziz. Bagaimana pula akhirnya Zulaikha berjaya mendapatkan Yusuf? Iaitulah setelah dia bertaubat ke jalan Allah SWT selepas mengakui penganiayaan yang dilakukannya kepada Yusuf as dan berpindah membawa seribu satu penyesalan ke suatu tempat yang jauh.

Yang tersirat daripada kisah ini, Al-Qur'an mengajarkan The Law of Attraction dalam mendapatkan pasangan hidup. Lelaki yang baik dan perempuan yang baik akan tertarik oleh satu daya tarikan yang berlaku antara keduanya. Dan begitulah sebaliknya. “(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik…”

– Al-Qur'an; Surah An-Nur (24), ayat 26.



KESIMPULANNYA

“Barangsiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah, sedang dia berbuat kebaikan, maka dia telah berpegang kepada tali yang kukuh. Dan hanya kepada Allah kesudahan segala urusan.” – Al'Qur'an; Surah Luqman (31), ayat 22. Al-Qur'an adalah tali yang mampu menampung seluruh pemikiran anda. Untuk mengikat diri anda dengan Al-Qur'an, anda perlulah menyerahkan pemikiran kepada Allah SWT.

Oleh yang demikian, mohonlah kepada Allah dengan Al-Qur'an. Dekatkan diri dengan Allah dan mencintai Al-Qur'an.” – Ali Abi Talib.

YURAN KURSUS: RM999

TAWARAN/PROMOSI YURAN KURSUS: RM300

*Yuran kursus ini termasuk Akuan Ijazah,Manual Lengkap Berwarna Ilmu Law of Attraction Anugerah Agung VCD dll.*

No comments:

Post a Comment