AURA TECH HEALING ADJUSTMENT
Diformulasikan Oleh: Dr.Mohamad Rizal Bin Rosdi Ph.D
Grand Master of Inner Power Martial Arts Anugerah Agung
HOLISTIC AND INTEGRATED MEDICINE
Consultant,Formulator & Founder of Universal Healing System
AURA-TECHNOLOGY HEALING ADJUSTMENT ANUGERAH AGUNG
PROGRAM PAKAR TERAPI AURA & GELOMBANG ANUGERAH AGUNG
Gabungan Sains Metafizik & Keperluan Manusia
Siri Program / kursus ilmiah terlengkap Penyembuhan Aura Anugerah Agung secara moden dan saintifik dilengkapi Ilmu Pernafasan, Meditasi,Bio-Energi Power,Inner Power,Bio Electric Power,Bio-Magnetisme Super Power, Kundalini, dan banyak lagi… Digarap dan disampaikan secara Teori dan Praktikal mengikut Skima Pembelajaran Antarabangsa & Terapi Komplementari Malaysia. Pertama seumpamanya di Malaysia dan belum pernah ada ditempat lain.
PENGENALAN
Program Aura-Tech Healing Adjustment Anugerah Agung merupakan satu cabang ilmu penyembuhan yang diterokai dan diperkenalkan oleh Anugerah Agung Spiritual Development Centre . Ianya di ilham dan diasaskan oleh Dr. Mohamad Rizal Bin Rosdi Ph.D. Program ini dirangka khusus untuk untuk menjana dan meningkatkan potensi diri melalui Pencerahan Aura,Kuasa Minda,Tenaga dalam,Frekuensi Ilahi bagi membuka minda bawah sedar (subconscious mind Power) individu sebelum,semasa dan selepas melakukan sebarang tindakan atau melaksanakan sesuatu program. Dr. Rizal ialah seorang ‘Mentor’ dalam bidang Metafizik dan Sains Kerohanian. Beliau mempunyai ramai pelajar di dalam dan di luar Negara antaranya di Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak,Catar,Arab Saudi, Singapore, Australia, Brunei dll yang telah memanfaatkan apa yang mereka pelajari dalam pelbagai bidang hidup mereka. Salah satu modul istimewa Dr. Rizal ialah Program Aura-Tech Healing Adjustment Anugerah Agung, di mana setiap pelajar akan diajar dan didedahkan kepada kefahaman dan teknik-teknik yang membolehkan mereka menggunakan KUASA AURA LUARBIASA pada gelombang MINDA ALPHA dan THETA pada tahap yang maksimum. Program Terapi Penyembuhan Aura ini adalah hasil penelitian dan kajian bertahun-tahun tentang tenik pengubatan Aura yang sebenar dan pengalaman merawat pelbagai situasi kes dan penyakit,,dan hasilnya Dr. Rizal menemui AURA-TECH HEALING ADJUSTMENT ANUGERAH AGUNG. Anda akan dibimbing oleh Pakar Aura yang Bertauliah.
“KESUKSESAN,KEMAKMURAN,KESIHATAN,KEKAYAAN,KETENANGAN JIWA”
SPEKTAKULER Aura kejayaan anda akan berkembang pesat dan dahsyat, pelajarilah rahsianya sekarang juga jangan tunda….Kesuksesan Anda!!!
Keluarkan Titisannya dan anda dapat alirannya. Program Master Aura Profesional langkah menuju kesuksesan usaha anda dan keluarga tercinta.
MEREKA TELAH MEMBUKTIKAN SELANJUTNYA GILIRAN ANDA…BILA LAGI???
Antara Manfaat Program Aura Tech-Healing Adjustment Anugerah Agung:
* Membersihkan jalur-jalur energi (eterik) yang ada ditubuh manusia melalui praktikal / latihan dari Program Aura-Tech Healing Adjustment Anugerah Agung. Apabila jalur-jalur energi tersebut telah bersih, maka aliran energi menjadi lebih lancar.
* Sifat-sifat negatif manusia yang timbul akibat kurangnya aliran energi akan dapat diatasi / dikurangi.
* Membantu penyelarasan antara fikiran dan perasaan melalui praktikal dan latihan Program Aura-Tech Healing Adjustment Anugerah Agung. Apabila fikiran dan perasaan telah terbiasa dalam keadaan selaras, maka perilaku seseorang pengamal ilmu pengubatan Aura dan Gelombang Anugerah Agung tidak akan dikuasai / dikontrol oleh egonya. Seluruh panca indera yang dimilikinya akan dengan mudah dapat dikontrol oleh dirinya sendiri.
* Sebagai Problem Solving, energi ILahi dapat digunakan untuk melakukan teknik pengubatan (bagi diri sendiri mahupun orang lain), penyelarasan dengan lingkungan (alam semesta), materialisasi, peningkatan rasa percaya diri /Jati Diri (keyakinan), dan lain-lain.
* Meningkatkan kekhusyu'kan didalam melakukan ibadah.
* Meningkatkan keimanan terhadap kewujudan Tuhan Yang Maha Esa, kerana melalui penyerapan energi Ilahi seorang pengamal ilmu pengubatan Aura & Gelombang Anugerah Agung dapat selalu merasakan kasih sayang Tuhan, dimanapun dia berada. Selanjutnya secara automatik juga akan mengakibatkan timbulnya ketabahan akan tingkat keimanan yang dimilikinya.
* Sanggup untuk menguasai dirinya dan tidak egois.
* Sanggup mengatasi berbagai macam permasalahan kehidupan yang dihadapinya dengan tetap berserah diri kepada Tuhan Yang Maha Esa.
* Memiliki sikap hati yang tenang dan damai, yang akan tercermin dari perilaku kehidupannya sehari-hari. Ketenangan dan kedamaian yang dipancarkannya akan dapat dirasakan oleh manusia yang berada disekelilingnya.
* Memiliki pola berfikir, sikap, perilaku dan mental yang didasari oleh cinta kasih tanpa berbelah bagi.
* Anda mampu membebaskan “blocking energy” yang disebabkan oleh ketidakstabilan emosi dan spiritual.
* Dan pelbagai kelebihan lain yang akan dirasakan sendiri oleh para pengamal ilmu Aura-Tech Healing Adjustment Anugerah Agung.Insya Allah.
Keunikkan dan kelainan ilmu penyembuhan Aura & Gelombang Anugerah Agung ialah peserta berkebolehan selepas attunement menyalurkan dengan serta merta getaran energy penyembuhan yang kuat,reaksi pada penyakit ialah ada di antara pesakit yang menjerit, menangis, tertidur, bersilat,muntah dan sebagainya bergantung kepada jenis penyakit dan pelbagai faktor lain.Insya Allah.
Program Aura-Tech Healing Adjustemnt Anugerah Agung memiliki pelbagai manfaat antara yang dimiliki:
* membersihkan dan mengaktifkan cakra diri (pusat energi diri yang penting)
* mengaktifkan dan meningkatkan Aura diri (medan tenaga diri cepat berkembang)
* meningkatkan Aura spiritual diri kita ke tahap tertinggi (rahsia kesihatan sejati)
* meningkatkan kesihatan diri samada emosi, mental dan fizikal (semua orang perlu)
* melindungi diri dari energi-energi negatif (khusus untuk mereka sentiasa sakit, dan dah puas berubat tapi belum juga sihat)
* meningkatkan kecerdasan Emosi dan Spiritual (amat baik untuk para pelajar dan mereka yang banyak menggunakan minda dalam kerja harian)
* memberikan lebih banyak energi serta meningkatkan getaran energi tubuh (lebih sihat, lebih ceria hidup kita)
* mudah dipelajari dan mudah dilatih, tidak memerlukan latihan fizikal yang melelahkan (rahsia amalan diri secara spiritual)
* dapat digunakan untuk meningkatkan kerjaya diri ( lebih cepat berjaya, jiwa akan bahagia, hidup lebih ceria)
* meningkatkan kasih sayang ahli keluarga dan sesiapa sahaja (rahsia eratkan hubungan lebih mesra)
* lebih mudah dalam mengadakan urusan hubungan kemanusiaan (jauh dari irihati dan rasa dendam orang)
* dapat membebaskan diri dari kesan tekanan ‘stress’ (jiwa lebih tenang, emosi lebih terkawal)
* boleh menolong mereka yang memerlukan pertolongan, dimana kita mampu untuk melakukan rawatan untuk masalah fizikal, mental, emosi dan spiritual untuk sesiapa sahaja, samada secara hadir atau secara jarak jauh (boleh buka pusat rawatan alternatif atau khidmat sosial masyarakat)
Disamping itu, kita juga dapat mengenal pasti apa sahaja masalah dengan kaedah ‘scanning’ secara spiritual aura sesuatu benda, (tanpa ada perantara Khodam, Jin dan seumpamanya) kita boleh mengenal aura sesuatu benda atau apa-apa sahaja (bukan ilmu nujum) tetapi secara kaedah ilmu “Metafizik” (iaitu rahsia segala rahsia ilmu fizik).
Seawal-awal kejadian adalah cahaya(Nur)-Hadis Rasullullah s.a.w
Menurut hadis diatas, seawal-awal kejadian ialah Cahaya-(Nur) kerana menurut pendapat parapsikologi dan Metafizik, cahaya atau Nur itu adalah energi atau getaran(Vibration) dimana energi tadi sangat diperlukan makhluk untuk hidup. Energi tadi dikenali sebagai energi vital(chi) atau Bio-Energi.
Program Master Aura Energy Healing(Method Of Holistic Spiritual Aura Development And Healing) merupakan salah satu cabang ilmu yang diterokai,dikuasai dan sedang giat diperkenalkan oleh Anugerah Agung Spiritual Development Centre. Dr. Rizal,The Founder Of Universal Healing System, memperkenalkan kaedah rawatan alternative yang paling mendapat perhatian masyarakat sekarang ialah Rawatan Aura. Program ini merupakan satu bentuk kaedah rawatan alternative yang telah dikenalpasti dan ternyata amat berkesan untuk semua jenis penyakit dan masalah manusia(Fizikal,mental,emosi,spiritual).
“Aura ialah tujuh lapisan cahaya warna pelangi yang mengelilingi tiga kaki badan manusia sama dengan cahaya matahari. Aura matahari sama dengan aura manusia yakni tujuh lapisan melintang dan tujuh lapisan menegak. Matahari mengeluarkan warna seperti waktu subuh warna putih, dalam pukul 9 pagi warna hijau, warna kuning, oren, waktu Asar warna merah, malam warna indigo, pink, biru untuk cas tenaga positif untuk kita bertenaga pada keeseokan harinya. Warna-warna inilah yang mempengaruhi kehidupan manusia. Sebab itu malam kita tidur dan siang kita berjaga. Jika sebaliknya bermakna orang itu telah melawan hukum alam dengan itu tubuh akan mendapat penyakit,” Jika kita perhatikan, seorang bayi yang mengalami demam kuning, apabila dijemur dibawah cahaya matahari waktu pagi, bayi itu akan sembuh. Ini kerana cahaya matahari pada waktu pukul sembilan pagi akan mengeluarkan warna hijau. Warna hijau inilah yang akan meneutralkan warna kuning. Waktu Asar pula matahari warna merah, sebab itulah orang yang ada sakit kanser, waktu petang akan berasa sakit. Dalam Agama Islam sendiri, tidak menggalakkan manusia tidur selepas waktu Asar, ini kerana waktu itu tenaga kita akan dicas negatif yang menjadikan tubuh lemah, lesu dan tidak bermaya.”
“Kawasan disekitar tengkuk berwarna biru, maka sebab itulah penyakit bengkak beguk selalunya akan kecut apabila disapu nila yang berwarna biru dikawasan tengkuk itu. Kawasan sekitar ari-ari pula berwarna kuning, maka adalah sangat mujarab bagi perempuan selepas bersalin menyapu kunyit dibahagian ari-ari untuk menyembuhkan”, kita hidup dilindungi oleh lapisan ozon yang membulat disekeliling kita. Maka tubuh manusia yang sihat, lapisan aura akan menjadi harmoni dan seimbang. Tujuh Gelombang lapisan aura yang mengelilingi kita ini mewakili tujuh pancaindera yang juga dipanggil tujuh cakra yang berfungsi untuk menstabilkan diri seseorang. Maka jika ozon atau aura kita ini bocor, maka manusia itu akan mendapat penyakit. Bertambah teruk kebocoran itu maka bertambah teruklah penyakit seperti lumpuh, gila,histeria dan lain-lain.Jika manusia sakit,aura yang bocor akan menjadi gelap dan akan membawa kepada warna merah bermakna tubuh menjadi sakit dan tidak stabil. Sakit disini bukan sahaja sakit jasmani sahaja malah kerohanian juga akan turut terganggu. Kebocoran aura juga akan mengundang penyakit kemurungan, gangguan mental, gangguan emosional dan bermacam lagi.
Maka keteguhan dan kestabilan aura amat mustahak dalam menentukan kesihatan dan keseimbangan seseorang. Apabila aura stabil individu itu akan menjadi lebih positif, kesihatan bertambah baik,fikiran tenang, hidup lebih bersemangat dan ceria. Maka tujuan Program Master Aura Profesional Energy Healing dibuka kepada umum adalah bertujuan untuk menyedarkan kepada masyarakt awam akan kepentingan menstabilkan aura manusia. Bila aura seseorang stabil, kebocoran dapat dibaiki, maka seseorang akan kembali sihat dan berfikiran positif. Walaupun manusia dilahirkan dengan kedudukan aura yang sama tetapi lama-kelamaan akan berbeza mengikut aktiviti yang dilakukan dalam kehidupannya samaada positif atau negatif. ‘ Jika kita lihat manusia yang tenang,auranya akan membesar dan kuat menyebabkan hidup mereka lebih ke arah positif, sebaliknya jika seseorang itu sentiasa stress, murung dan sentiasa bermasalah,auranya akan mengecil dan akan bocor menyebabkan kehidupan mereka akan menuju kearah negatif bermakna jiwanya akan sakit dan kesihatan terganggu. Penyakit datang disebabkan oleh makanan, udara,air,fikiran, perasaan dan gangguan. Sebab itulah anda harus menjaga makanan, jaga kebersihan, jaga pemikiran dan perasaan kerana ini adalah punca-punca penyakit. Maka apabila puncanya sudah kita kesan maka senanglah untuk kita ubati. Adakah ia berpunca dari alam nyata atau dari alam ghaib yakni gangguan makhluk halus. Setelah dikesan maka proses rawatan akan dijalankan.
“ Menyusun semula kejadian manusia dengan kaedah aura adalah sangat penting dalam proses menstabilkan seseorang. Dalam Program Aura Anugerah Agung, peserta akan diajar cara-cara merawat pesakit, pesakit akan dibersihkan kekotoran yang mengelapkan lapisan harmoni auranya. Cara ini dapat memberikan pesakit kekuatan jiwa,kekuatan minda. Maka jika kuat minda dan jiwa kita akan lebih bersemangat untuk hidup. Inilah yang dinamakan rawatan kerohanian. Untuk mengetahui cara rawatan aura dan mempelajarinya,anda boleh datang sendiri dan melihat cara Dr. Rizal merawat. Ini kerana Dr. Rizal mempunyai keistimewaan tersendiri,iaitu beliau mampu melihat aura seseorang dengan pancainderanya,namun untuk membuktikannya dengan lebih jelas kepada pesakit,bolehlah bergambar dengan kamera foto aura kirlian. Dari situ Dr. Rizal akan menerangkan apakah maknanya warna-warna yang mengelilingi seseorang itu. Adakah ketika itu beliau betul-betul sihat atau sebaliknya dapat dikesan melalui warna yang timbul disekeliling kita dalam gambar itu. Pesakit yang datang jumpa Dr. Rizal ada bermacam-macam masalah, ada pesakit mental, lumpuh, sawan, kanser, gangguan makhluk halus, sihir, masalah keluarga, tekanan perasaan, percintaan sejenis dan lain-lain. Tidak kira apa saja sebenarnya,rawatan aura memang sesuai untuk semua jenis penyakit. Ia bagus untuk menguatkan jiwa dan minda. Bukan terhad kepada orang sakit saja, malah digalakkan orang yang sihat juga menjalani rawatan aura agar hidup lebih positif dan stabil. Apatah lagi orang yang sakit, ia seperti bateri lemah negatif yang dicas semula menjadi positif.
Dalam dunia sains juga akui, menggunakan kekuatan jiwa dan minda boleh merubah sel, ini bermakna secara keseluruhan diri seseorang itu boleh berubah dari negatif kepada postif yakni yang lebih baik. Pernah dulu Dr. Rizal didatangi pesakit mental yang teruk di Kuching, ANA(bukan nama sebenar),beliau bukan datang dari keluarga yang mempunyai masalah mental tetapi disebabkan jiwanya diganggu oleh makhluk halus maka ia menjadi orang sakit jiwa. Keadaannya dirumah sentiasa tidak terkawal dan sering mengamuk dan menjerit histeria. Sudah 40 lebih orang bomoh handal dan perawat yang cuba mengubatinya, sudah banyak wang yang dihabiskan untuk mengubati,tetapi Ana masih belum berubah. Atas cadangan keluarga terdekat, keluarga Ana membawanya bertemu Dr. Rizal. Setelah discanning, rupanya Ana pernah mengikuti satu permainan yang dikenali “Spirit Coins”, yang dahsyatnya mereka menggunakan darah haid untuk melakukan aktiviti yang bertentangan dengan aqidah tersebut. Dr. Rizal mengesan bahawa lapisan auranya telah diceroboh oleh makhluk halus dan harus dibersihkan semula. Setelah dirawat dengan izin Allah SWT barulah Ana sembuh sepenuhnya dari penyakit gila yang dihadapinya. Ada pesakit yang mengalami lumpuh hingga terbaring tanpa dapat bergerak,tetapi setelah mendapatkan rawatan aura beliau boleh kembali berjalan dan sembuh sepenuhnya.Reaksi pesakit bila disalurkan energi aura oleh Dr. Rizal, ada yang muntah,tiba-tiba menangis,bersilat,pengsan,tidur,buang angin, terkencing,terberak, berputar ligat,dan banyak lagi reaksi yang aneh dan sukar untuk dijelaskan.
“Aura paling kurang harus dilakukan sebanyak tiga kali dan yang paling lengkap seseorang itu harus mendapatkan rawatan aura sebanyak 21 kali. Bermakna semua manusia sesuai membuat rawatan aura untuk membetulkan kedudukan lingkaran yang mengelilingi kita agar sentiasa bersih. Apabila aura bersih dan kuat, segala tindak tanduk kita akan lebih positif, percakapan kita akan diambil perhatian,diri kita semakin disukai dan segala kerja kita akan menjadi. Bermakna jika anda berniaga, perniagaan anda akan lebih menguntungkan kerana orang ramai suka pada kita atas sikap keperibadian kita yang positif dan disenangi ramai. Ini sekaligus akan mengubah keperibadian kita agar menjadi lebih baik, professional dan yakin menghadapi apa jua rintangan hidup”.Jadi kepada sesiapa yang ingin mempelajari ilmu seni pemberdayaan aura ini,khusus untuk merawat diri sendiri mahupun untuk membantu orang lain,atau untuk pelabagai tujuan yang positif,silalah berjumpa dengan Dr. Rizal secara hadir diri atau boleh mempelajari kursus atau program aura ini secara jarak jauh,dijamin anda akan menguasai kemampuan ini hanya dengan 3 jam sahaja diperlukan untuk mengikuti kursus yang telah teruji kehebatan dan keampuhannya. Insya Allah. Metode Pelatihan Anugerah Agung terbuka untuk siapa saja, tanpa melihat Suku, golongan atau agama apa pun untuk mempelajari metode ini,kami tidak membatasinya.
MODULE KURSUS PROGRAM PAKAR TERAPI AURA DAN GELOMBANG ANUGERAH AGUNG
SILIBUS TINGKAT 1
INFO: Apa yang ditulis dibahagian modul kursus silibus Tingkat 1,Tingkat 2,Tingkat 3 dibawah ini adalah pengenalan secara ringkas,sila rujuk jadual “SUBJEK MODUL” dibawah untuk keterangan lebih lanjut mengenai kursus Aura yang kami anjurkan di Anugerah Agung Spiritual Development Centre.
AURA
Aura ataupun digelar juga sebagai gelombang elektromagnetik yang mempunyai tenaga yang amat kuat dan bergerak secara rawak adalah terdiri daripada lapisan cahaya yang bertingkat-tingkat mengikut tahap kelajuan tertentu terdiri daripada wap-wap air dalam warna-warna pelangi yang diserap dan tidak kelihatan dalam cahaya nampak tetapi sebenarnya wujud dipersekitaran tubuh manusia, haiwan dan tumbuhan yang hidup. Apa saja yang mempunyai struktur atom akan mempunyai AURA. Atom setiap benda ini terbentuk dari elektron-elektron dan proton-proton yang sentiasa bergerak. Elektron dan proton ini adalah gelombang atau getaran tenaga elektrik dan magnet. Aura bukanlah mitos tetapi ia benar dan telah dibuktikan dari sudut sains.
INNER POWER
Tenaga dalam adalah di istilahkan sebagai suatu sumber tenaga bio-elektrik yang mengalir didalam tubuh setiap manusia. Tenaga ini dapat di rasai kehadirannya oleh sesetengah orang yang memiliki deria rasa atau kulit yang sensitif manakala ramai yang tidak dapat merasainya disebabkan oleh faktor lali atau sudah biasa dengan tenaga tersebut didalam pergerakan harian tubuh badan mereka. Ianya sama halnya seperti cuba merasai denyutan jantung di tubuh di mana ada sebahagian orang yang tidak merasai atau perasan dengan denyutan jantungnya sendiri dan ada pula yang sangat sensitif dengan degupan jantung didalam tubuh mereka .Tenaga dalam juga di berikan beberapa nama nama lain seperti tenaga "prana" di dalam Yoga, tenaga "chi" di dalam beladiri China, tenaga "Ki" di dalam beladiri Jepun dan tenaga " psychic energy" atau ‘psychic kinesis"di dalam sains " Parapsychology".
BIO-ENERGI POWER (level 1)
Bio Energy Power adalah satu - satunya teknik mengoptimumkan kemampuan tubuh dalam mengubati dirinya sendiri ( autotherapy ) yang dirancang berdasarkan teori medis.Kesihatan Bio Energy Power adalah berdasarkan teori purba bahawa semua penyakit adalah disebabkan oleh gangguan dari pengaliran energi di dalam tubuh. Kini evolusi sains & teknologi perubatan bio energi power berjaya membongkar RAHSIA amalan-amalan purba ini. Diagnosis Aura & Cakra melalui “kamera Bio Sensor’ merupakan peneraju dalam analisis sistem gelombang Bio Energi manusia manakala Bio Energi Power Anugerah Agung hadir sebagai Penawar Aura.
TERAPI PENYEMBUHAN KRISTAL (LEVEL 1)
Batu permata asli mempunyai kesan yang lebih di dalam kegunaan untuk terapi kesihatan jika dibandingkan dengan kristal buatan. Kristal buatan manusia hanya bergantung kepada terapi warna sahaja. Manakala batu permata asli mempunyai kesan dari segi getaran warna yang terhasil dari Shumann Resonance Frecuency. Pancaran ini hanya dimiliki oleh benda-benda hidup dan jisim kurniaan Tuhan termasuk batu permata semula jadi ini.
MEDITASI AURA ANUGERAH AGUNG (LEVEL 1)
Dalam Bahagian ini, Anda akan didedahkan cara meditasi aura yang merupakan satu kaedah meditasi di sekeliling yang cemerlang, dan boleh menyediakan banyak faedah seumur hidup kepada anda. Ia adalah amalan yang penting untuk tenaga , dan mengetuai untuk kebanyakan dari keupayaan-keupayaan perlu dalam penyembuhan. Di samping itu, selepas belajar teknik meditasi khusus Aura ini anda dapat kemajuan daripada latihan dalam tahap ini—latihan dalam Pengetahuan Kendiri dan Realisasi Diri yang akan mempercepatkan pertumbuhan rohaniah anda serta menggalakkan keupayaan-keupayaan termaju berguna dalam kerja penyembuhan. Pembelajaran dan praktik Meditasi Aura teknik adalah permulaan serta asas proses yang begitu berfaedah.
Cara meditasi Aura Anugerah Agung Sangat berbeza dengan kaedah meditasi tenaga dalam dan sebagainya,masing-masing meditasi mempunyai kelebihan,hanya meditasi aura ini lebih memfokuskan cara pemusatan khusus untuk penguatan dan penguncian tenaga aura. Meditasi: Meditasi adalah satu amalan kerohanian berguna untuk perawat aura . Ia menggalakkan pertumbuhan peribadi dan bahkan psikik kebolehan yang amat berguna dalam penyembuhan—yang ialah mengapa ia sangat biasanya dimasukkan ke dalam latihan seni penyembuhan. Ia satu pilihan, tetapi amat direkomenkan amalan meditasi aura ini. Aura Tech Meditation membahagikan Meditasi Aura ini kepada beberapa bahagian, termasuk lengkap arahan-arahan untuk amalan meditasi kaedah dimasukkan sebagai sebahagian daripada terapi, dan termasuk juga arahan dalam latihan-latihan .
HURAIAN RINGKAS LEVEL 1
Satu program pengenalan untuk tenaga Aura penyembuhan, di mana anda akan mempelajari tenaga asas penyaluran dan akan bermula untuk rasa tenaga manusia dengan tangan anda. Program Aura Tingkat 1 ini, wajib diikuti oleh peserta kursus. Anda akan didedahkan dengan pengetahuan asas tentang kaedah rawatan aura,cara menyalurkan tenaga,latihan merasakan medan energi aura, sistem cakra, kaedah rawatan pelbagai jenis penyakit dan banyak lagi. Ditahap ini anda akan mengalami quantum (loncatan energi) yang kuat dan tubuh bergetar hebat. Anda akan mengalami sendiri tubuh anda akan terasa kebas dan tangan mengalami getaran bio-elektrik yang kuat dan terasa jari tangan mencucuk-cucuk seperti terkena renjatan arus elektrik berkuasa tinggi selepas 30 minit disikronisasi / attunement oleh Dr. Rizal. Ini menandakan pusat cakra anda telah terbuka dan mampu menerima getaran ilmu Aura dari Anugerah Agung. Anda dijamin mampu melihat aura diri sendiri mahupun orang lain,indera keenam semakin tajam,gerak hati yang sangat tajam,karisma tinggi,dan pelbagai kelebihan lain yang akan dirasakan sendiri nanti. Insya Allah.
YURAN KURSUS-RM2000
SILIBUS TINGKAT 11
BIO-ELECTRIC POWER (level 2)
Dengan bimbingan terapi Bio-Electric Power ini anda dapat mengubati penyakit kanser,tumor,darah tinggi,stroke,lumpuh,liver,lemah syahwat, diabetes, batu karang,keputihan,sesak nafas,kolestrol tinggi dll.Pesakit akan merasa kagum dengan kemampuan anda yang dapat mengeluarkan tenaga bio-electromagnetic dari jari tangan dan tubuh anda.
TERAPI LASER ENERGY (LEVEL 11)
Penemuan terbaru dari Dr. Rizal dalam pengubatan energi untuk menghancurkan batu karang,tumor,kanser yang berat, dan sebagainya. Peserta kursus yang mengikuti program aura level 2 ini akan diijazahkan Dr, Rizal dengan keilmuan ampuh ini Teknik pengubatan ini merupakan suatu cara seperti teknik laser yang kita kenal, iaitu memampatkan bentuk energy sedemikian hingga dapat digunakan untuk menghancurkan penyakit, mencairkan benjolan (Tumor, Kista, Mioma, Kanser, dll), Memutus akar-akar tumor/kanser, menutup / menghentikan pendarahan di dalam tubuh manusia, dll.
TERAPI TANGAN CAHAYA (LEVEL 11)
Ilmu khusus untuk penyaluran ghaib energi Nur Ilahi melalui media tangan / jari untuk tujuan pengubatan bermacam-macam penyakit sama ada ringan atau berat, semua penyakit yang melibatkan mental,emosi,fizikal,dan spiritual,dapat digunakan untuk mengubati diri sendiri atau menjadi perawat hikmah! Hanya 30 minit pengisian,langsung dipraktikalkan. Bawa kawan untuk membuktikan keampuhannya. Sangat sesuai untuk ahli pengubatan alternative, paranormal,reflexologi,tukang urut,ahli acupuntre dan sebagainya.
PUSAT TENAGA
Manusia dibekalkan dengan tenaga alam semulajadi yang berunsurkan tanah,air,api,dan angin. Setiap unsur berperanan melengkapkan antara satu dengan yang lain. Kekurangan salah satu atau sebahagian dari unsur tersebut menyebabkan dir manusia berada dalam ketidakseimbangan dan kehilangan keharmonian fizikal, mental,emosional dan spiritualnya.Pusat Tenaga merupakan tempat tumpuan menerima masuk tenaga alam sejagat ke dalam tubuh badan manusia.Terdapat tujuh tempat yang telah dikenal pasti yang mana setiap satunya mempunyai fungsi dan peranan yang tersendiri.
YURAN KURSUS TINGKAT 2- RM2700
SILIBUS TINGKAT 111
BIO-MAGNETISME SUPER POWER( LEVEL 111 )
Merupakan salah satu cabang ilmu Kuasa Minda yang sangat berguna untuk mencemerlangkan potensi diri dan membina keunggulan peribadi melalui kaedah-kaedah khusus dan istimewa dimana akan membuat orang lain merasa hormat,patuh dan suka bergaul dengan anda. Sangat penting dalam kehidupan manusia.
TUBUH DAN LAPISAN-LAPISANNYA (LEVEL 111)
* Tubuh Fizik
* Tubuh Emosi
* Tubuh Mental
* Tubuh Intuisi
* Tubuh Atma
* Tubuh Monad
* Tubuh Illahi
PERNAFASAN
Nafas ialah unsur hidup yang diciptakan Allah. Firman Allah dalam surah Al Hijr ayat 28-29, yang bermaksud, “ Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, sesungguhnya aku menciptakan seorang manusia dari tanah liat (yang berasal) dari lumpur yang hitam yang di beri bentuk. Maka apabila telah menyempurnakan kejadiannya dan telah menitipkan ke dalam Roh ciptaanKu. Maka tunduklah kamu kepadanya dengan bersujud.” .
Allah telah jadikan manusia dari unsur-unsur dan meniupkannya nafas kedalam tubuh manusia. Dari Allah kita datang dan kepadanya kita akan di kembalikan.
HURAIAN RINGKAS LEVEL 3
Menguasai Tahap ini, dengan teknik-teknik terbaru dan canggih dalam tenaga Aura penyembuh. Teknik-teknik untuk melihat kesemua tujuh lapisan-lapisan aura dan untuk pembacaan dengan mendalam serta terperinci berkenaan sistem chakra dibincangkan dengan lebih terperinci.. Teknik-teknik Chakra Charging, Kaedah Penyeimbangan Sistem Pusat Tenaga, dan lain-lain yang sangat penting dalam proses penyembuhan tenaga aura—memberi anda cara terbaru menjadi seorang perawat profesional. Satu kaedah penyembuhan jarak jauh yang lengkap , menggunakan teknologi penyembuhan aura beserta teknik-teknik terbaru, Satu seksyen komprehensif mengenai rawatan serta prosedur-prosedur untuk penyakit serius adalah juga termasuk dalam tahap ini. Mencapai tahap ini, anda akan diiktiraf sebagai Perawat Aura professional, Tingkat 3 ini anda akan di sikronisasi energi ke-level energi aura yang tidak terbatas,energi aura penyembuhan,psikik akan meningkat dengan sangat hebat luarbiasa. Pada tahap ini anda akan diajarkan kaedah yang sangat berkuasa dan teknik tercanggih dalam seni pemberdayaan Aura. Anda akan didedahkan dengan segala pengetahuan aura yang terlengkap yang memuatkan pelbagai pengetahuan dan penghuraian panjang lebar tentang Rahsia Seni Penyembuhan Aura & Gelombang Tingkat Tinggi.
YURAN KURSUS-RM3000
SUBJEK MODUL
Pengenalan Aura-Tech Healing Adjustment Anugerah Agung
* Pengenalan
* Mempelajari Kaedah menyalurkan tenaga aura (channeling the energy)
* Merasakan Medan tenaga aura (sensing The energy field)
AURA
(LEVEL 1,2,3)
AURA ( LEVEL 1)
* Pengenalan kepada Aura
* Hubungkaitan Aura Dalam Kehidupan manusia
* Lapisan-lapisan warna Aura
* Bagaimana Aura diaktif dan diperbesarkan
* Aura Dan Personaliti
* Aura Dan Perisai Diri
* Waktu-Waktu Peralihan Aura alam menurut Sains Fizik
* Fungsi Aura terhadap kualiti dan kehidupan manusia
* Teknik Melihat Aura Diri dan orang lain
* Teknik membersih medan aura
* Menutup aura
* Penyaluran tenaga aura (channeling the energy)
* Merasakan medan tenaga (sensing The energy field)
AURA ( LEVEL 11)
* Apakah Aura?
* Apakah Aura penting
* Bolehkah Aura dilihat
* Bagaimanakah rupa aura anda
* Apakah aura boleh dipulihkan
* Aura positif dan negatif
* Bagaimana melihat aura
* Getaran-getaran warna Aura
* Melatih penglihatan anda
* Latihan-latihan Aura
* Makna dan lokasi warna
MIND POWER
MINDA (LEVEL2)
* Pengenalan Minda
* Kuasa Minda Bawah Sedar Anda
* Bagaimana Minda Bekerja
* Minda Sedar
* Minda Bawah Sedar
* Minda Bawah Sedar Mengikut Arahan Anda
* Jadual Tugas-Tugas Minda
* Peringkat-Peringkat Kesedaran
PERNAFASAN
(LEVEL 1,2,3)
PERNAFASAN I (LEVEL 1)
* Pengenalan kepada sistem pernafasan
* Apakah Pernafasan
* Rahsia Pernafasan
* Manfaat latihan pernafasan
* Teknik pernafasan tenaga aura
* Beberapa perihal tentang pernafasan
* Beberapa teknik pernafasan
o Teknik pernafasan leher
o teknik pernafasan dada
o Teknik pernafasan Diafragma / Ulu hati
o Teknik pernafasan perut
o Teknik pernafasan liang roma / pori-pori
PERNAFASAN II (LEVEL 11)
* Beberapa Pola pernafasan
o Teknik pola pernafasan segi dua sama sisi
o Teknik pola pernafasan segi dua tidak sama sisi
o Teknik pola pernafasan segitiga sama sisi
o Teknik pola pernafasan segitiga tidak sama sisi
o Teknik pola pernafasan segiempat sama sisi
o Teknik pola pernafasan segiempat tidak sama sisi
o Teknik pola pernafasan segi lima
o Teknik pola pernafasan berjenjang
o Teknik pola pernafasan hentak
o Teknik pola pernafasan linier
o Teknik pola pernafasan Oval
o Teknik pola pernafasan penuh-kosong
PERNAFASAN III (LEVEL III)
* Beberapa Sikap Pernafasan
o Sikap dewa tidur
o Sikap pembangkitan semangat
o Sikap raja silang
o Sikap raja kobra
o Sikap bunga teratai
o Sikap Bulan matahari
o Sikap Sungsang
o Pernafasan Tulang belakang
SISTEM CAKRA
(LEVEL 11)
Sistem Chakra
* Pengenalan sistem cakra manusia
* 7 cakra utama dan method alternative mengharmonikannya
* Method Pengaktifan cakra tangan
* Method Pembersihan Cakra
* Meditasi Cakra
* Simbol-simbol Aura
* Tujuan Praktikal Penyaluran Energi Aura
* Prinsip Dasar pengubatan
* Affirmasi pengubatan
* Proses perwujudan Affirmasi
* Panduan Membaca Aura dan Cakra
* Pembetulan Pengaliran Tenaga Aura
* Penyelusuran Aura
* Pengubatan Inti Cakra / Prana
* Pembersihan Aura
* Unblocking Chakras
* Kaedah mengecas Aura
* Viewing chakra colour
* Pengaktifan Cakra Mahkota
* Membuka Aura
* Pembersihan cakra
* Prosedur untuk sesuatu penyakit
INNER POWER
(LEVEL 1)
* Kuasa tenaga dalaman yang sedia wujud didalam setiap diri manusia. Tenaga yang boleh diaktifkan bagi menguasai minda dan perasaan diri sendiri dan orang lain.
* Rahsia Dalaman Manusia
* Rahsia Minda Dan Tenaga Dalaman
* Rahsia Alam Semesta Dan Hubungan Dengan Manusia
* Konsep Tenaga Dalaman Manusia Dan Penggunaannya
* Membangkit Tenaga Dalaman Anda
* Cara Melakukan Meditasi Pernafasan Membangkitkan Tenaga Dalaman.
* Pengijazahan,pembangkitan pengisian tenaga dalam Anugerah Agung(tenaga dalam asma’) oleh Dr. Rizal kepada peserta kursus Aura.
* Teknik pemancaran getaran energi aura di telapak tangan (penembakan)
* Teknik penarikan getaran energi aura pada telapak tangan
* Teknik merasakan getaran energi aura pada telapak tangan
* Kaedah Pengubatan pada penyakit umum dan penyakit khusus
BIO-ELECTRIC POWER
(LEVEL 2)
* Pengaktifan Aura Bio-electric Anugerah Anugerah Agung
* Penjanaan Pusat Energi Cakra & Aura
* Manfaat Medan Energi Bio Elektrik
* Proses pelatihan energi Biolelektrik
* Pembangkitan kuasa tenaga dalam karomah Anugerah Agung
BIO-ENERGI POWER
(LEVEL 1)
* Apa itu bio energi power
* Manusia menurut struktur biologinya
* Memanfaatkan Bioenergi power
* Teknik mengubati diri sendiri dan orang lain mengunakan bio energi power
* Telepati Horizontal & Vertikal
* Subsistem Auto-therapy
* Subsistem Metabolisme
* Subsistem Regenerasi organ
* Subsistem Daya tahan / kekebalan Tubuh
* Subsistem susunan saraf pusat
BIO-MAGNETISME SUPER POWER (LEVEL 3)
* Apakah Bio-Magnetisme Super Power
* Teknik Meditasi khusus Bio Magnetisme Super Power
* Latihan memperkuat Daya Bio Magnetisme Super Power
Senaman Aura Prana Anugerah Agung
(LEVEL 1)
Meditasi gerak/meditasi aktif merupakan jurus-jurus penghimpun energi yang lebih cenderung dititikberatkan pada suatu proses penyembuhan yang singkat,bahkan senam aura Prana Anugerah Agung mendapat gelaran “ penyembuhan penyakit method 3 hari”.Terdapat 7 jurus pemungkas,untuk pengubatan segala jenis penyakit,pesakit akan mengalami reaksi muntah, terberak, terkencing, buang angin,dan sebagainya,batu karang pecah hancur bila melakukan senaman aura ini. Sangat rugi tidak mempelajari senaman aura ini. Kelebihannya akan diceritakan waktu ijazah jurus pamungkas senaman aura ini.
Meditasi Aura Anugerah Agung
* Apa itu Meditasi
* Pengenalan
* Proses Meditasi
* Teknik Meditasi dll
LATIHAN PRAKTIKAL (TEORI DAN AMALI)
* Pernafasan Aura
* Permunian Cakra
* Latihan Teknik Charging Cakra dan Aura
* Latihan Pengubatan Inti Cakra / Prana (Pranic Healing)
* Latihan Membentuk Zon Energi Tangan (Shield)
* Latihan Pernafasan Bio-elektrik
* Latihan Konsentrasi
* Latihan Melihat Aura
* Teknik Pembersihan Aura (Aura Cleansing )
* Teknik Pengesanan (scanning),penembakan(crushing),Penyapuan(sweeping),Pengisian (filling),Perlindungan(beaming),Penguncian (locking)
* Latihan Pelbagai Meditasi Aura
* Latihan Senaman Minda
* Latihan Penyatuan Energi Makrokosmos dan Mikrokosmos
* Latihan Terapi & Rawatan Aura-Tech Healing Adjustment
Teknik Rawatan Aura jarak dekat
* 1.Pengesanan(scanning)
* 2. Penembakan (crushing)
* 3.Penyapuan(sweeping)
* 4.Pengisian(Filling)
* 5.Perlindungan(beaming)
* 6.Penguncian(locking)
Simbol-simbol aura
(LEVEL 2)
Sangat banyak manfaatnya dan memainkan peranan penting dan sebagai pelengkap Sistem Rawatan Aura,rahsianya akan diterangkan dalam kursus.
Pemusatan Kekuatan Gelombang Aura
Aura over matter Pembuktian keberadaan energi Aura Anugerah Agung
-Penyaluran aura kepada tubuh,benda untuk memiliki pelbagai kemampuan dan tujuan tergantung niat
-Menarik benda dari jarak jauh
-Telur keras menjadi batu
-Proteksi bola lampu
-Tahan dicubit,dikepit player,kuku dsbnya
-Aura perlindungan dan keselamatan(musuh terpental)dibuktikan langsung ditempat
-membuat berat sesuatu benda dengan tenaga aura-dibuktikan langsung ditempat
-melihat aura benda pusaka,azimat dsbnya(dibuktikan langsung ditempat)
Pengenalan Jenis-Jenis
Penyakit & Perawatan
Asas
* Jenis Penyakit Spiritual & Fizikal dan Penyebabnya
* Rawatan & Terapi Penyakit Kaedah Aura Metafizik
* Kawalan dan Perlindungan
TUBUH DAN LAPISAN-LAPISANNYA
(LEVEL 111)
* Tubuh Fizik
* Tubuh Emosi
* Tubuh Mental
* Tubuh Intuisi
* Tubuh Atma
* Tubuh Monad
* Tubuh Illahi
YURAN KURSUS TINGKAT GURU ANUGERAH AGUNG MASTER AURA TEACHER (Guru)
Ribuan orang telah mendapat manfaat dari program ini. Jangan tunda impian dan cita-cita anda. SMS atau email Dr. Rizal ditalian h/p: 012 880 2035 (hotline) untuk mendapat keterangan lanjut mengenai kursus
Aura.
Mengiktirafkan anda sebagai Guru Aura yang Unggul. Anda pada tahap ini diberikan kunci ilmu untuk mengijazahkan ilmu Aura ini kepada sesiapapun. Anda akan dipandang tinggi dan mempunyai ramai murid serta banyak pendapatan. Anda dibenarkan membuka pusat rawatan sendiri dan tidak terikat dengan Anugerah Agung Groups
Yuran Kursus tahap Guru-Sila hubungi Dr.Rizal-012 880 2035 untuk keterangan lanjut berkenaan Yuran kursus tahap Guru Aura
masterrizal9000@yahoo.com

No comments:
Post a Comment