Ki Ageng Sapu Jagad

Al-Qur'an Ukuran Saiz 1 Meter berusia 120 Tahun

Al-Qur'an Ukuran Saiz 1 Meter berusia 120 Tahun

Thursday, April 7, 2011

TESTIMONI PESERTA ANUGERAH AGUNG ULTIMATE MASTER AURA SPIRITUAL QUANTUM ESOTERIK HEALING PROFESIONAL


NAMA : SITI MAIMUNAH BINTI HAJI ALIAS
ALAMAT : NO.38, JALAN SU/11
TAMAN SELAYANG UTAMA
68100 BATU CAVES
SELANGOR DARUL EHSAN
HANDPHONE:0132061347


Disini ingin saya berkongsi pengalaman saya sebelum saya menghadiri program “ANUGERAH AGUNG ULTIMATE MASTER AURA SPRITUAL QUANTUM ESOTERIK HEALING PROFESSIONAL”. Seminggu sebelum saya melangkah ketanah suci Mekah dan Madinah saya membuka web www.anugerahagung4u.com yang pengasas nya DR.MOHAMAD RIZAL BIN ROSDI PH.D. Saya terus membaca segala kandungan didalam web tersebut memang banyak ilmu yang saya dapati dan saya memang berminat untuk mengikuti nya secara kebetulan saya sedang mencari untuk pelarisan bagi perniagaan saya. Saya terus menghubungi Dr.Mohamad Rizal dan meminta pendapat apa sepatutnya yang boleh saya perolehi dan untuk saya amalkan. Saya telah diberitahu oleh beliau bahawa memandangkan saya telah banyak mempelajari ilmu tenaga dalaman seperti Tenaga Dalam Aura, Tendai,Reiki beliau mengalakkan saya mengambil program yang baru di keluarkan dan sudah cukup untuk apa yang saya kehendaki.

Memandangkan masa saya suntuk untuk saya mengerjakan umrah saya menangguh dahulu untuk memberikata putus pada beliau. Semasa berada di tanah suci mekah saya berdoa dan membuat solat hajat dan petunjuk bagi saya samada saya perlu untuk terus mengikuti kursus tersebut kerana bagi saya terlalu mahal dan saya tidak mahu nanti saya membazir wang dan masa sekadar hanya untuk ketahui luaran aje dan tidak mendalami ilmu tersebut untuk kepentingan saya terutama saya ada membuat rawatan aura, mandian aura dan urutan. Seminggu saya berada di Mekah pada hari Jumaat pagi sebelum solat subuh saya membuat tawaf sunat dan saya dibantu oleh hamba Allah lelaki dari Indonesia untuk dapatkan kami mencium hajar aswad dan alhamdullilah saya, ibu dan kawan dapat dengan sebaiknya mencium hajar aswad dan kami dibawa untuk solat kesyukuran. Atas sebab pertolongan mereka kami diminta untuk sedekah kepada mereka dan dalam masa itu saya ternampak ada seorang hamba Allah berbaju putih dan berserban memandang tepat pada saya tanpa berkata dan hanya memerhati saya hingga saya bangun untuk beredar masih disitu memandang kearah saya lagi dan bila saya toleh sudah tidak ada lagi.

Sekembalinya saya diMalaysia saya terus lagi membaca web Dr.Mohamad Rizal hati makin kuat untuk mendaftar dan saya menghubungi beliau untuk menetapkan tarikh dan bersetuju untuk kesana mengikuti program tersebut. Pada 02-04-2011 saya ditemani sahabat saya terbang ke Kuching,Sarawak dan apabila saya berjumpa dengan beliau saya tertanya-tanya dimana saya pernah jumpa dan nampak wajah yang serupa sangat dengan wajah beliau. Sepanjang perjalanan ke Santubong Resort saya puas memikir seolah-olah pandangan orang yang saya nampak semasa di tanah suci Mekah itu sama tepat dengan wajah beliau. Lepas saya mandi untuk pembersihan sebelum memulakan perlatihan saya dapati wajah beliau itulah yang saya nampak ditanah suci Mekah yang asyik memerhatikan saya dan duduk tepat didepan saya. Dihati berkata adakah ini satu petunjuk yang Allah S.W.T berikan pada saya bahawa ini adalah petunjuk yang tepat dan diperkenankan doa dan hajat saya untuk mengikuti program dengan beliau. Dan dalam perjalanan untuk makan malam ke bandar saya bertanya dan bercerita dengan Dr.Mohamad Rizal pasal saya melihat wajah nya sama dengan lelaki yang saya nampak serupa dengan beliau. Beliau tersenyum dan hanya berkata alhamdullilah Allah S.W.T memberikan petunjuk pada saya atas apa yang saya pohonkan dan dalam masa yang singkat juga saya sudah mengikuti program ini.

Semasa dalam program ini banyak yang saya alami….memang saya akui terlalu halus, tenang dan cepat untuk menguasai nya alhamdullilah. Dan begitu juga saya dapat juga membuat demo dengan kawan bagi mempratikkan ilmu itu samada ia berlaku dengan betul atau sebaliknya, dan alhamdullilah kawan saya apabila ditanya memang dapat merasakan apa yang dialirkan oleh saya sendiri setelah saya belajar program tersebut. Yang paling teristimewa dalam ilmu ini bagi saya ketenangan yang halus dan bersama dengan ayat-ayat Al-Quran memasuki naluri begitu berkesan alhamdullilah.

Disini saya mengucapkan ribuan terima kasih yang amat tak ternilai nya pada Dr.Mohamad Rizal atas program yang diajar penuh keikhlasan dan tidak jemu-jemu menasihati saya supaya mendisplinkan apa yang dipelajari dan jangan ambik mudah atas apa yang telah diikuti dalam program ini teruskan beramal bagi mendekati lagi diri kita dengan Allah S.W.T. Insya Allah dan disini juga saya mendoakan untuk Dr.Mohamad Rizal Bin Rosdi semoga diberkati Allah S.W.T. atas usaha gigih beliau dalam menurunkan ilmu-ilmu, diberikan kesihatan yang baik dan sempurna, sentiasa taqwa dan beriman, dilapangkan rezekinya dan dijauhi segala fitnah….ikhlas dari saya Siti Maimunah Haji Alias buat guruku DR.MOHAMAD RIZAL BIN ROSDI…Amin.

SELAMAT MAJU JAYA DAN PEROLEHI KEJAYAAN HARI DEMI HARI DAN DIPERKUATKAN KEIMANANNYA…..


Dari saya

MASTER SITI MAIMUNAH BINTI HAJI ALIAS